
Program Jelajah Kesejahteraan Rakyat Peringkat Zon (Kuala Terengganu & Kuala Nerus), Negeri Terengganu Tahun 2026 telah diadakan di NADI PPR Ladang Gemilang, Kuala Terengganu.
Antara pengisian program ialah Kursus Printed Baju yang memberikan pendedahan dan kemahiran kepada peserta dalam menghasilkan cetakan pada pakaian. Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebagai kemahiran tambahan, menjana pendapatan serta membuka peluang keusahawanan kepada masyarakat setempat.
Semoga program sebegini terus memberi manfaat dan menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan rakyat. 

