PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) 2026 X JAGO

✨ KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) 2026 x JAGO ✨
Telah berlangsung dengan penuh meriah Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2026 x JAGO pada 15 Ogos 2026 (Sabtu), jam 7.30 pagi hingga 3.00 petang, bertempat di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.
Program ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya Senam Seni Merdeka bersama Pejabat Kesihatan Kuala Terengganu, Brisk Walk Sihat, Kuiz Kenegaraan, Celoteh Kenegaraan, Aktiviti Asah Minda, serta persembahan sajak dan aktiviti kenegaraan. 🎉
Kemuncak program turut menyaksikan persembahan JAGO, persembahan Selamat Datang KMJG 2026 x JAGO serta Majlis Perasmian Penutup yang diserikan dengan Lagu Negaraku, Ikrar Rukun Negara, ucapan perasmian, penyampaian cenderahati dan penyerahan Jalur Gemilang kepada orang awam serta pengguna jalan raya. 🇲🇾❤️
Semoga semangat patriotisme, kecintaan kepada negara dan rasa bangga mengibarkan Jalur Gemilang terus subur dalam diri kita semua. Ayuh semarakkan semangat Merdeka! 🇲🇾✨

Berita Berkaitan