
NADI X KOMUNITI MADANI
Tajuk: Program Akademi ASAS Penerangan (JAPEN)
Masa: 2pm – 6pm
Tarikh: 05 August 2026
Tempat: NADI PPR Ladang Gemilang
Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas penerangan, komunikasi dan pembangunan masyarakat, gerak saraf serta pengurusan isu, pembelajaran digital dan media sosial, selain perkongsian Pocket Talk Scammer oleh wakil IPD Kuala Terengganu sebagai usaha meningkatkan kesedaran terhadap jenayah penipuan dalam talian.
Terima kasih kepada pihak Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Terengganu, para penceramah serta semua peserta yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang program. Semoga ilmu dan perkongsian yang disampaikan dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta membantu membentuk komuniti yang lebih berinformasi dan celik digital.
