PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

PROGRAM AKADEMI ASAS PENERANGAN (JAPEN)

NADI X KOMUNITI MADANI

Tajuk: Program Akademi ASAS Penerangan (JAPEN)

Masa: 2pm – 6pm

Tarikh: 05 August 2026

Tempat: NADI PPR Ladang Gemilang

๐Ÿ“š Program Akademi Asas Penerangan (ASAS) JAPEN telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Ogos 2026 (Rabu) di NADI PPR Ladang Gemilang, Kuala Terengganu.
Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas penerangan, komunikasi dan pembangunan masyarakat, gerak saraf serta pengurusan isu, pembelajaran digital dan media sosial, selain perkongsian Pocket Talk Scammer oleh wakil IPD Kuala Terengganu sebagai usaha meningkatkan kesedaran terhadap jenayah penipuan dalam talian.
Terima kasih kepada pihak Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Terengganu, para penceramah serta semua peserta yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang program. Semoga ilmu dan perkongsian yang disampaikan dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta membantu membentuk komuniti yang lebih berinformasi dan celik digital.

Berita Berkaitan