
Program NADI X Skill Forge (Esport) bertajuk Mengenali Scammer & Penipuan Digital telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai pelbagai bentuk penipuan dalam talian. Peserta turut didedahkan dengan tanda-tanda scam, kaedah yang sering digunakan oleh penipu serta langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan digital.
Manfaat kepada Komuniti:
Program ini membantu meningkatkan kesedaran komuniti terhadap keselamatan digital dan kepentingan berhati-hati ketika menggunakan internet serta platform dalam talian. Peserta dapat mengenal pasti modus operandi scammer dan mengambil langkah pencegahan yang sesuai bagi melindungi maklumat peribadi serta mengelakkan kerugian akibat penipuan.


