
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (DILEA)
– WEBINAR BERKALA –
Subjek: Gerak Gempur SPM Bahasa Melayu
Masa: 2.30pm – 4.30
Tarikh: 12 Sept 2026
Tempat: NADI PPR Ladang Gemilang
Program NADI X Pembelajaran Sepanjang Hayat (DILEA) melalui Webinar Berkala bertajuk Gerak Gempur SPM Bahasa Melayu telah dijalankan bagi membantu pelajar membuat persediaan menghadapi peperiksaan SPM. Program ini memberikan pendedahan, bimbingan dan latihan berkaitan Bahasa Melayu serta membantu peserta meningkatkan kefahaman dan kemahiran menjawab soalan peperiksaan.
Manfaat kepada Komuniti:
Program ini memberi peluang kepada pelajar komuniti mendapatkan akses kepada pembelajaran dan bimbingan akademik secara percuma melalui kemudahan NADI. Selain meningkatkan pengetahuan dan keyakinan dalam subjek Bahasa Melayu, program ini turut membantu pelajar membuat persediaan yang lebih baik untuk menghadapi peperiksaan SPM.


