
NADI X SKILL FORGE (ESUKAN)
– PERTANDINGAN NADI E-SUKAN MADANI LEGEND –
Tajuk: Mobile Legends (Peringkat Negeri Terengganu)
Masa: 9am – 6pm
Tarikh: 01 August 2026
Tempat: NADI PPR Ladang Gemilang
Program Pertandingan NADI E-Sukan MADANI Legend bagi permainan Mobile Legends peringkat Negeri Terengganu telah dilaksanakan dengan penyertaan pemain yang mewakili NADI masing-masing. Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat, mengasah kemahiran serta menggalakkan persaingan yang sihat dalam kalangan peserta e-sukan.
Manfaat kepada Komuniti:
Program ini memberi peluang kepada komuniti, khususnya golongan belia, untuk mengembangkan bakat dalam bidang e-sukan, meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan, serta memupuk semangat kesukanan dan penggunaan teknologi digital secara positif.


