
NADI X KIDVENTURE
Tajuk: Webinar Operasi Perniagaan
Masa: 10am – 11.30am
Tarikh: 01 August 2026
Tempat: NADI PPR Ladang Gemilang
Program NADI X KidVenture telah mengadakan Webinar Operasi Perniagaan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas pengurusan operasi serta kepentingannya dalam memastikan sesebuah perniagaan dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan berkesan.
Manfaat kepada Komuniti:
Program ini membantu meningkatkan pengetahuan komuniti tentang pengurusan operasi perniagaan, di samping memupuk minat dan keyakinan untuk menceburi bidang keusahawanan serta mengurus perniagaan dengan lebih terancang.


