
Program NADI X SKILL FORGE (ESUKAN) bertajuk Shotcalling & Membuat Keputusan telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan komunikasi, kepimpinan dan membuat keputusan yang tepat dalam permainan e-sukan. Peserta didedahkan kepada teknik shotcalling, strategi permainan serta cara membuat keputusan dengan pantas dan berkesan ketika berhadapan dengan situasi dalam permainan.
Manfaat kepada Komuniti
Program ini membantu komuniti, khususnya golongan belia, meningkatkan kemahiran komunikasi, kerjasama berpasukan, kepimpinan dan pemikiran strategik. Selain itu, aktiviti e-sukan yang dijalankan secara terarah dapat menggalakkan penggunaan teknologi secara positif serta menyediakan ruang kepada komuniti untuk mengembangkan minat dan bakat dalam bidang e-sukan.


