
NADI X WELLBEING (WEBINAR)
Tajuk: Pewarisan: Wang, Tanah….Dan Kanser
Masa: 10.30am – 11.30am
Tarikh: 04 August 2026
Tempat: NADI PPR Ladang Gemilang
Program NADI X WELLBEING (Webinar) bertajuk “Pewarisan: Wang, Tanah….Dan Kanser” telah diadakan pada 4 Ogos 2026 di NADI PPR Ladang Gemilang. Program ini memberi pendedahan kepada komuniti mengenai kepentingan perancangan pewarisan harta serta meningkatkan kesedaran tentang kanser, kepentingan saringan awal dan penjagaan kesihatan.
Kepentingan kepada Komuniti:
Program ini membantu komuniti memahami kepentingan mengurus pewarisan harta dengan lebih terancang serta meningkatkan kesedaran terhadap pencegahan dan pengesanan awal kanser, sekali gus menggalakkan amalan gaya hidup yang lebih sihat dan bertanggungjawab.