
NADI X USAHAWAN (KIDVENTURE)
Tajuk: Video Pembelajaran (Bijak Kewangan)
Masa: 2pm
Tarikh: 24 May 2026
Tempat: NADI PPR Ladang Gemilang
Program tayangan video pembelajaran bertajuk “Bijak Kewangan” telah dilaksanakan pada 24 Mei 2026 jam 2.00 petang di NADI PPR Ladang Gemilang bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan kewangan yang bijak serta kepentingan perancangan kewangan dalam kehidupan seharian. Melalui program ini, peserta dapat mempelajari kaedah mengurus perbelanjaan, amalan menabung, serta perancangan kewangan yang lebih teratur. Program ini juga memberi manfaat kepada peserta dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengurusan kewangan yang baik bagi mengelakkan pembaziran dan masalah kewangan pada masa hadapan.