
NADI X SKILL FORGE (MAHIR GAJET)
– SHORT LEARNING SERIES (SLS) –
Tajuk: Baiki Skrin Iphone”Servis Premium Untuk Peranti Premium”
Masa: 11am – 12pm
Tarikh: 25 May 2026
Tempat: NADI PPR Ladang Gemilang
Program Short Learning Series (SLS) bertajuk “Baiki Skrin iPhone: Servis Premium Untuk Peranti Premium” telah diadakan pada 25 May 2026 bertempat di NADI PPR Ladang Gemilang dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas penjagaan dan pembaikan skrin iPhone, termasuk langkah keselamatan, jenis kerosakan yang sering berlaku serta kepentingan menggunakan servis dan komponen yang berkualiti. Peserta turut memperoleh pengetahuan berkaitan penjagaan peranti agar lebih tahan lama dan berfungsi dengan baik.
