
NADI X SKILL FORGE (MAHIR FOTO)
Tajuk: Silibus 2: Videography, Pengenalan Videografi Menggunakan Smartphone
Masa: 9.30am – 11am
Tarikh: 19 Oct 2026
Tempat: NADI PPR Ladang Gemilang
Program Mahir Foto melalui Silibus 2: Videografi – Pengenalan Videografi Menggunakan Smartphone bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti tentang asas penghasilan video menggunakan telefon pintar. Peserta dapat mempelajari teknik asas rakaman video, cara mengendalikan kamera telefon pintar serta menghasilkan video yang lebih menarik dan berkualiti.
Manfaat kepada Komuniti:
Program ini dapat meningkatkan kemahiran digital dan kreativiti komuniti dalam bidang videografi. Selain itu, kemahiran yang dipelajari boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan kandungan digital bagi tujuan pembelajaran, perkongsian maklumat, promosi perniagaan serta pemasaran produk secara dalam talian.