PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI X SKILL FORGE (MAHIR FOTO)

NADI X SKILL FORGE (MAHIR FOTO)
Tajuk: Sesi Praktikal Potrait, Food & Product Photography
Masa: 9.30am – 11am
Tarikh: 21 Sept 2026
Tempat: NADI PPR Ladang Gemilang

Program NADI X Skill Forge (Mahir Foto) bertajuk Sesi Praktikal Portrait, Food & Product Photography telah dijalankan bagi memberi pendedahan secara praktikal kepada peserta mengenai teknik asas fotografi untuk menghasilkan gambar yang lebih menarik dan berkualiti. Peserta berpeluang mempraktikkan teknik penggambaran portrait, makanan dan produk dengan memberi perhatian kepada komposisi, pencahayaan, sudut pengambilan gambar serta susunan objek.

Manfaat kepada Komuniti

Program ini membantu peserta meningkatkan kemahiran fotografi yang boleh digunakan untuk tujuan peribadi, pembelajaran dan pemasaran produk, khususnya kepada komuniti yang menjalankan perniagaan kecil. Kemahiran ini turut membantu peserta menghasilkan kandungan visual yang lebih menarik untuk kegunaan media sosial dan promosi produk.

Berita Berkaitan