
NADI X SKILL FORGE (MAHIR FOTO)
Tajuk: Genre Fotografi
Masa: 9.30am – 11am
Tarikh: 24 August 2026
Tempat: NADI PPR Ladang Gemilang
Program NADI X Skill Forge (Mahir Foto) bertajuk Genre Fotografi telah dilaksanakan bagi memberikan pendedahan kepada peserta mengenai pelbagai genre fotografi serta meningkatkan kemahiran asas dalam menghasilkan gambar yang lebih kreatif dan berkualiti.
Manfaat kepada komuniti:
Program ini memberi peluang kepada komuniti untuk menambah pengetahuan dan kemahiran dalam bidang fotografi, seterusnya dapat membantu mereka menghasilkan kandungan visual yang lebih menarik dan berpotensi digunakan dalam aktiviti pembelajaran, perniagaan serta media sosial.