
NADI X SKILL FORGE (MAHIR FOTO)
Tajuk: Pengenalan (Minggu 1)
Masa: 9.30am – 11am
Tarikh: 13 July 2026
Tempat: NADI PPR Ladang Gemilang
Peserta telah mengikuti kelas Mahir Foto: Pengenalan (Minggu 1) yang memberi pendedahan asas mengenai fotografi, termasuk teknik pengendalian kamera atau telefon pintar, komposisi gambar, serta kepentingan menghasilkan imej yang berkualiti untuk kegunaan peribadi, pembelajaran dan perniagaan.
Manfaat kepada komuniti:
Program ini membantu meningkatkan kemahiran fotografi dalam kalangan komuniti, membolehkan mereka menghasilkan kandungan visual yang lebih menarik bagi tujuan promosi, pemasaran digital, dokumentasi serta membuka peluang menjana pendapatan melalui penghasilan kandungan kreatif.


