
NADI X SKILL FORGE (ESUKAN)
Tajuk: Membina Kepercayaan Dalam Pasukan
Masa: 9am – 6pm
Tarikh: 22 August 2026
Tempat: NADI PPR Ladang Gemilang
Program NADI X SKILL FORGE (E-SUKAN) bertajuk “Membina Kepercayaan Dalam Pasukan” telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan kepercayaan, komunikasi dan kerjasama dalam membentuk sebuah pasukan yang kukuh dan berkesan.
Melalui program ini, peserta dapat memahami bahawa kepercayaan antara ahli pasukan memainkan peranan penting dalam meningkatkan kerjasama, memudahkan proses membuat keputusan serta membantu pasukan mencapai matlamat bersama. Program ini juga memberi manfaat kepada komuniti dengan memupuk nilai kerjasama, saling menghormati dan semangat berpasukan yang boleh diaplikasikan dalam aktiviti e-sukan dan kehidupan seharian.


