PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI X SKILL FORGE (ESPORT)

NADI X SKILL FORGE (ESPORT)
Tajuk: Penajaan Dalam Esukan
Masa: 9am – 6pm
Tarikh: 9 Oct 2026
Tempat: NADI PPR Ladang Gemilang
Program Penajaan Dalam E-Sukan anjuran NADI bersama Skill Forge memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan penajaan dalam industri e-sukan. Peserta dapat memahami peranan penaja dalam menyokong pembangunan pasukan, penganjuran kejohanan serta perkembangan kerjaya dalam bidang e-sukan. Program ini turut membuka peluang kepada komuniti untuk mengenali potensi e-sukan sebagai salah satu bidang yang mampu menjana pendapatan dan peluang pekerjaan.
Manfaat kepada Komuniti:
Program ini dapat meningkatkan pengetahuan komuniti tentang peluang dan potensi industri e-sukan, khususnya dari aspek penajaan, pembangunan bakat dan penjanaan pendapatan. Pendedahan ini dapat mendorong golongan belia meneroka bidang e-sukan secara lebih positif, profesional dan bertanggungjawab, di samping menggalakkan penggunaan teknologi digital untuk membina kemahiran serta membuka peluang ekonomi baharu.

Berita Berkaitan