PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI X SKILL FORGE (ESPORT)

NADI X SKILL FORGE (ESPORT)
Tajuk: Ahli Komuniti E-Sukan Yang Positif
Masa: 9am – 6pm
Tarikh: 26 Sept 2026
Tempat: NADI PPR Ladang Gemilang

NADI PPR Ladang Gemilang telah melaksanakan program NADI X Skill Forge (Esport) – Ahli Komuniti E-Sukan Yang Positif bagi memberi pendedahan kepada komuniti mengenai kepentingan membentuk sikap positif dalam aktiviti e-sukan. Peserta didedahkan kepada nilai disiplin, kerjasama, komunikasi yang baik, semangat kesukanan serta penggunaan platform e-sukan secara bertanggungjawab.

Manfaat kepada Komuniti:

Program ini membantu meningkatkan kesedaran komuniti, khususnya golongan belia, untuk melibatkan diri dalam e-sukan secara sihat dan beretika. Peserta dapat membina kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kawalan emosi dan disiplin, di samping memahami kepentingan menjaga tingkah laku serta menggunakan teknologi dan permainan dalam talian secara positif.

Berita Berkaitan