
NADI X PROGRAM AI
Tajuk: Webinar Dalam Talian – Terokai Trend AI, Kemahiran Menulis Prompt, Dan Alat Dalam Talian Yang Pintar
Masa: 9am – 1pm
Tarikh: 11 July 2026
Tempat: NADI PPR Ladang Gemilang
Program AI bertajuk Webinar Dalam Talian – Terokai Trend AI, Kemahiran Menulis Prompt, Dan Alat Dalam Talian Yang Pintar telah diikuti oleh peserta di NADI PPR Ladang Gemilang bagi meningkatkan pengetahuan mengenai perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI), teknik penulisan prompt yang berkesan serta penggunaan pelbagai alat AI dalam talian untuk membantu urusan pembelajaran, pekerjaan dan tugasan harian secara lebih cekap.
Manfaat Kepada Komuniti:
Program ini membantu komuniti meningkatkan literasi digital dan kemahiran menggunakan teknologi AI secara beretika, sekali gus membuka peluang untuk meningkatkan produktiviti, kreativiti dan daya saing dalam pendidikan, pekerjaan serta perniagaan.