
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (TUITION RAKYAT)
– GUIDANCE TUITION –
Subjek: Sejarah & Matematik
Masa: 2.15pm – 4.30pm
Tarikh: 19 Sept 2026
Tempat: NADI PPR Ladang Gemilang
Program NADI X Pembelajaran Sepanjang Hayat (Tuition Rakyat) – Guidance Tuition telah dilaksanakan dengan memberi bimbingan akademik kepada pelajar Tingkatan 5 dalam subjek Sejarah dan Matematik. Sesi pembelajaran ini membantu pelajar memahami topik dengan lebih jelas, mengukuhkan pengetahuan serta meningkatkan persediaan menghadapi peperiksaan.
Manfaat kepada Komuniti
Program ini memberi peluang kepada pelajar komuniti mendapatkan sokongan pembelajaran tambahan secara percuma di NADI. Ia membantu meningkatkan kefahaman akademik, membina keyakinan pelajar serta menyokong persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan SPM.