
Program webinar Bijak Kewangan telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada peserta, khususnya golongan kanak-kanak dan usahawan cilik, mengenai asas pengurusan kewangan dalam kehidupan seharian. Peserta didedahkan kepada kepentingan mengenali nilai wang, membezakan antara keperluan dan kehendak, mengamalkan amalan menyimpan serta membuat perbelanjaan secara berhemah. Program ini turut membantu membentuk kesedaran awal tentang kepentingan merancang kewangan dan membuat keputusan kewangan yang bijak.
Manfaat kepada Komuniti:
Program ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta tentang pengurusan kewangan sejak usia muda. Pendedahan awal mengenai amalan menabung, berjimat cermat dan berbelanja secara terancang dapat membantu membentuk sikap bertanggungjawab dalam mengurus wang serta menjadi asas kepada pembentukan generasi yang lebih celik kewangan pada masa akan datang.