PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI X CYBERSECURITY

NADI X CYBERSECURITY
Tajuk: Webinar Data Breach Malaysia: Apa Jadi Bila IC Dan Maklumat Anda Bocor
Masa: 3pm – 4pm
Tarikh: 20 August 2026
Tempat: NADI PPR Ladang Gemilang

Program NADI X CYBERSECURITY bertajuk β€œWebinar Data Breach Malaysia: Apa Jadi Bila IC Dan Maklumat Anda Bocor” telah dijalankan bagi meningkatkan kesedaran komuniti mengenai risiko kebocoran data peribadi dan kesannya terhadap keselamatan individu. Melalui webinar ini, peserta didedahkan kepada kepentingan melindungi maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, nombor telefon, kata laluan dan maklumat sensitif lain daripada disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Manfaat Kepada Komuniti:-

Program ini memberi manfaat kepada komuniti dengan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang langkah-langkah keselamatan digital yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Peserta juga dapat memahami kepentingan menjaga kerahsiaan maklumat peribadi, mengenal pasti risiko penyalahgunaan data serta mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan atau jenayah siber.

Berita Berkaitan