

22 Mei 2026 – Program kesedaran keselamatan siber bertajuk “Ancaman Siber di Tempat Awam” telah berlangsung dengan jayanya pada jam 3.00 hingga 4.30 petang di NADI PPR Ladang Gemilang. Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai risiko keselamatan digital yang sering berlaku ketika menggunakan kemudahan internet di tempat awam.
Sepanjang sesi berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai bentuk ancaman siber seperti pencurian data peribadi, penipuan dalam talian, penggunaan rangkaian Wi-Fi awam yang tidak selamat serta langkah-langkah melindungi maklumat peribadi ketika melayari internet. Selain itu, peserta turut diberikan panduan asas berkaitan penggunaan kata laluan yang selamat dan kepentingan pengesahan dua faktor bagi meningkatkan keselamatan akaun digital.
Seramai 2 orang peserta telah menghadiri program ini dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi berlangsung. Diharapkan program seperti ini dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan keselamatan siber dalam kehidupan seharian.
#nadi2026
#kelaspercuma
#nadixcybersecurity
#nadipprladanggemilang