
Program NADI X WELLBEING (PODCAST) bertajuk “Ulser Tak Sembuh? Kenali Saringan Awal Kanser Oral | P097” telah dijalankan bagi meningkatkan kesedaran komuniti mengenai kepentingan mengenal pasti tanda-tanda awal kanser oral, khususnya ulser atau luka di dalam mulut yang tidak sembuh dalam tempoh yang berpanjangan. Melalui perkongsian ini, peserta dapat memahami kepentingan melakukan pemeriksaan dan saringan awal bagi mengesan masalah kesihatan dengan lebih cepat serta mendapatkan rawatan yang bersesuaian.
Manfaat Kepada Komuniti:-
Program ini memberi manfaat kepada komuniti dengan meningkatkan pengetahuan tentang penjagaan kesihatan mulut dan kepentingan pencegahan serta pengesanan awal penyakit. Kesedaran yang diperoleh dapat membantu komuniti lebih peka terhadap perubahan atau tanda-tanda luar biasa pada kesihatan mulut dan mengambil tindakan awal untuk mendapatkan pemeriksaan daripada pihak kesihatan.


