PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Rekreasi & Pelancongan

Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung)

Dikenali sebagai ‘Masjid Terapung’, senibinanya gabungan pengaruh moden dan ‘Moor’. Ia kelihatan unik dan cantik pada malam hari. Masjid Tengku Tengah Zaharah dibina di atas pelantar terapung, memberikan ia sudut unik. Ia terletak di sungai Terengganu dan salah satu senibina moden hasil salah seorang putera Di Raja Terengganu. Masjid putih berkilauan turut menjadi ikon baru dalam senibina Islam di negara ini. Malah, pembinaan masjid ini turut memuatkan ciri setempat dengan penggunaan batu marmar, seramik dan bomanit. Pembinaan masjid ini sebenarnya adalah inspirasi Almarhum Sultan Terengganu, Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Masjid ini dinamakan sempena ibunya, Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja.Kedamaian masjid ini turut terserlah dengan keindahan Laut China Selatan, menjadikan ia suatu destinasi pelancongan yang menarik di Terengganu.

Alamat

1010, Jalan Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

No. Tel

609-622 1553

Waktu Operasi

Muzium Negeri

Merupakan kompleks muzium terbesar di Asia Tenggara, dengan menempatkan empat blok utama selain mempunyai muzium maritim dan lima rumah tradisional. Ia dibina dengan landskap taman yang indah, dan mengembalikan kegemilangan Terengganu yang kaya dengan sejarah budaya yang kekal sehingga ke hari ini. Terletak di atas 27 hektar tanah di Bukit Losong, Kuala Terengganu, kompleks ini menyerlahkan senibina yang menarik mendapat inspirasi dari istana lama di Terengganu. Ia menempatkan sebuah muzium utama, muzium maritim, muzium perikanan, empat rumah tradisional, dan taman botani serta taman ulam. Muzium utama mempunyai galeri yang mempamerkan tekstil, teknik anyaman, senjata tradisional, perkembangan petroleum, seni Islam dan banyak lagi.

Alamat

Terengganu State Museum, 20566 Bukit Losong, Terengganu

No. Tel

+609-622 1433

Waktu Operasi

Taman Tamadun Islam ( TTI )

TAMAN TAMADUN ISLAM (TTI) adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang sebelum ini dianggap tidak berpenghuni dan dipenuhi hutan nipah. Taman tema ini merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Taman tema yang mula dibina pada Mac 2005 bukan sahaja dikelilingi replika-replika masjid serata dunia malah sebuah masjid yang juga mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal turut berdiri megah di situ.

Alamat

Pulau Wan Man Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

No. Tel

09-627 8888

Waktu Operasi

Batu Buruk Recreational Park

Terletak hanya 4 kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu, Pantai Batu Buruk mudah diakses sama ada melalui kereta, teksi, atau pengangkutan awam. Pantai ini terkenal dengan suasana santai yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga. Selain keindahan semula jadi, kawasan ini turut dikelilingi pelbagai kemudahan seperti gerai makanan, tempat letak kereta, dan tandas awam. Tidak hairanlah Pantai Batu Buruk sering menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk aktiviti riadah hujung minggu.

Alamat

1550, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

No. Tel

+609-622 1433

Waktu Operasi

Dataran Shahbandar

Dataran Shahbandar terletak berhampiran dengan Pasar Payang, Bukit Puteri dan Bazar Warisan. Setelah penat membeli belah anda semua bolehlah datang ke sini untuk berehat bersama keluarga tidak kira samada siang atau pun malam. Sambil berehat dan melapangkan fikiran anda boleh menikmati keindahan sungai Terengganu yang penuh dengan bot-bot dan perahu-perahu dengan angin yang bersepoi-sepoi. Di sini terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk para pengunjung antaranya ialah gerai atau kedai makan, bangku, pondok rehat dan surau. Di samping itu sebuah pusat membeli belah juga ada berhampiran dengan taman ini iaitu dikenali sebagai ‘MAYANG MALL, KTCC MALL dan Lain-lain. Jadi para pengunjung bolehlah singgah untuk membeli-belah di sini.

Alamat

Jalan Sultan Zainal Abidin, Dataran Syah, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

No. Tel

+609-622 1433

Waktu Operasi

Pulau Warisan Kuala Terengganu

Pulau Warisan adalah sebuah pulau buatan manusia yang terletak di bandaraya Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Pulau yang di tambak dalam Sungai Terengganu berhampiran Kuala Terengganu Chinatown ini kini menjadi salah satu tempat kunjungan utama pelancong ke Kuala Terengganu. Antara tarikan yang terdapat disini adalah River Cruise menyusuri Sungai Terengganu dari terusan di Pulau Warisan ke Masjid Kristal di Pulau Wan Man melalui juga Kuala Terengganu Waterfront.

Alamat

Jalan Kampung Cina, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

No. Tel

+609-622 1433

Waktu Operasi