
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (DILEA)
– OPEN TUITION –
Subjek: Sejarah Form 5
Masa: 3.30pm – 4.30pm
Tarikh: 20 July 2026
Tempat: NADI PPR Ladang Gemilang
Sesi Open Tuition bagi subjek Sejarah Tingkatan 5 telah dijalankan dengan lancar bagi membantu pelajar mengukuhkan pemahaman terhadap topik pembelajaran serta membuat persediaan menghadapi peperiksaan melalui penerangan dan perbincangan yang lebih berfokus.
Manfaat kepada Komuniti:
Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan penguasaan subjek Sejarah, memperkukuhkan teknik menjawab soalan peperiksaan, serta membina keyakinan diri dalam pembelajaran. Inisiatif ini turut menyokong usaha melahirkan pelajar yang lebih berpengetahuan, berdaya saing dan cemerlang dalam akademik.


