
NADI X USAHAWAN (KIDVENTURE)
Tajuk: Webinar Bijak Kewangan
Masa: 10am – 11.30am
Tarikh: 23 May 2026
Tempat: NADI PPR Ladang Gemilang
Program NADI X Usahawan (KidVenture) bertajuk “Webinar Bijak Kewangan” telah diadakan pada 23 Mei 2026 bertempat di NADI PPR Ladang Gemilang bermula jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan kewangan yang bijak, termasuk kepentingan menabung, mengurus perbelanjaan serta membentuk tabiat kewangan yang baik sejak usia muda. Selain itu, program ini turut membantu meningkatkan kesedaran peserta tentang nilai disiplin dalam pengurusan wang dan kepentingan perancangan kewangan untuk masa hadapan.


